Rezeki Masing-Masing

Bila bercakap prihal rezeki, kita tahu yang rezeki kita mungkin berbeza dengan reseki orang lain. Ada yang mendapat gaji tinggi dan ada yang dapat gaji yang rendah. Mungkin juga ada yang mempersoalkan kenapa dia dapat gaji yang rendah manakala orang lain dapat gaji yang tinggi.

Perihal ini bukanlah pelik. Bagi aku, gaji tinggi atau rendah itu memang lumrah hidup. Macam pertandingan juga. Ada yang menang dan ada yang kalau. Namun apa yang penting adalah bagaimana kita melihatnya. Dari sudut apakah kita melihat akan perbezaan ini.

Diberi contoh gaji besar. Setiap bulan gaji yang diterima memang lumayan. Bagi kebanyakan orang ia adalah suatu impian untuk mendapat gaji yang besar. Namun disebaliknya mungkin kita tidak tahu walaupun bergaji besar, mungkin tanggungan dan biayaan yang perlu dibelanjakan oleh orang itu sangat tinggi sehingga baki di akhir bulan amat sedikit. Hatinya mungkin gundah gulana memikirkan akan gaji yang tidak mencukupi walau pada pandangan kita gajinya besar.

Bagi yang bergaji biasa-biasa pula mungkin pada pandangan masyarakat tidak mencukupi. Namun hakikatnya ia mencukupi malah ada bagi untuk dibuat simpanan. Dia mungkin hidup bahagia tanpa perlu memikirkan perihal itu dan ini dan tidak perlu memikirkan akan bil-bil yang banyak. langkah indahnya hidup jika ‘dicukupkan’ gaji olehNya.

Jadi marilah kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada. Usah membanding-bandingkan gaji kerana semua itu rezeki masing-masing. Allah ada perancanganNya sendiri untuk kita. Bersyukurlah dan belajarlah untuk bersyukur dengan segala kurniaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *