Merenung Ke Luar Jendela

Greetings!!!

Sejak beberapa hari ni cuaca agak panas. Panas yang rasanya lain macam saja. Kalau tidur pasti berpeluh la kata orang. Tapi kalau tidur dalam bilik berhawa dingin mungkin tak berpeluh la. Orang kata dalam beberapa hari cuaca sepatutnya akan jadi lebih baik. Itulah yang diharapkan.

Baiklah sebenarnya ada banyak benda yang ingin dinukilkan dalam blog ni. Namun saya tak tahu macam mana nak ceritakan kepada umum. Jadi malam ni (pagi buta sebenarnya) saya ingin mengajak semua orang untuk bersama menjaga alam sekitar. Alam sekitar bukan perkara main-main. Kalau kita tak jaga sekarang nanti di masa depan semuanya akan jadi terlambat. Jadi apa peranan kita?

Perkara pertama yang saya ketahui adalah kurangkan menggunakan air. Berjimatlah. Jangan ikutkan sangat hati tu nak ‘feeling’ lebih. Guna air secara sederhana. Jangan terlalu berjimat pula sampai mandai pun macam tak mandi. Ingat Tuhan suka orang yang menjaga kebersihan.

Yang kedua adalah kurangkan penggunaan plastik. Kalau pergi membeli barangan di pasar raya tu, bawalah bed guna semula. Bukannya mahal pun. Beli sekali guna berkali-kali. Ingat kalau anda tinggal di Selangor setiap beg plastik akan dikenakan caj sebanyak 20 sen. Satu inisiatif yang baik oleh kerajaan selangor. Syabas saya ucapkan. Tahukan anda bahawa plastik memerlukan masa berpuluh tahun untuk lupus? Masa tu kau dah ada cucu cicit plastik yang kau buang berpuluh tahun lepas masih ada dalam tanah. Sedih!

Ketiga kurangkan penggunaan kertas. Bil sekarang kebanyakannya boleh dihantar melalui e-mail dan boleh juga disemak melalui aplikasi ‘online’. Jadi kenapa perlu minta untuk diposkan ke rumah? Lainlah kalau datuk nenek kat kampung yang tak ada e-mail dan tak reti menggunkan komputer. Itu kita boleh faham. Tapi yang kononnya ‘moden’ ni nak bil yang dicetak pada kertas tu tak berapa nak moden lah. Sekali tengok kemudian masuk ke dalam tong sampah. Nak tunggu habis pokok-pokok di dunia ni baru nak sedar? Abang tak minat pokok plastik dek.

Yang selebihnya tu saya rasa ramai yang sedia maklum apa yang perlu dilakukan untuk sekurang-kurangnya mengawal tahap pencemaran di dunia ni. Kalau seorang je yang sedar dan memainkan peranannya untuk menjaga alam sekitar yang orang lain tidak agak mustahil untuk merealisasikan matlamat penjagaan alam sekitar. Jadi marilah kita memainkan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar.

P/s: Ramai ke pak menteri melakukan kerja-kerja ‘orang biasa’ akhir-akhir ni? Al maklumlah penggal nak berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *