Rezeki Masing-Masing

Bila bercakap prihal rezeki, kita tahu yang rezeki kita mungkin berbeza dengan reseki orang lain. Ada yang mendapat gaji tinggi dan ada yang dapat gaji yang rendah. Mungkin juga ada yang mempersoalkan kenapa dia dapat gaji yang rendah manakala orang lain dapat gaji yang tinggi.

Perihal ini bukanlah pelik. Bagi aku, gaji tinggi atau rendah itu memang lumrah hidup. Macam pertandingan juga. Ada yang menang dan ada yang kalau. Namun apa yang penting adalah bagaimana kita melihatnya. Dari sudut apakah kita melihat akan perbezaan ini.

Diberi contoh gaji besar. Setiap bulan gaji yang diterima memang lumayan. Bagi kebanyakan orang ia adalah suatu impian untuk mendapat gaji yang besar. Namun disebaliknya mungkin kita tidak tahu walaupun bergaji besar, mungkin tanggungan dan biayaan yang perlu dibelanjakan oleh orang itu sangat tinggi sehingga baki di akhir bulan amat sedikit. Hatinya mungkin gundah gulana memikirkan akan gaji yang tidak mencukupi walau pada pandangan kita gajinya besar.

Bagi yang bergaji biasa-biasa pula mungkin pada pandangan masyarakat tidak mencukupi. Namun hakikatnya ia mencukupi malah ada bagi untuk dibuat simpanan. Dia mungkin hidup bahagia tanpa perlu memikirkan perihal itu dan ini dan tidak perlu memikirkan akan bil-bil yang banyak. langkah indahnya hidup jika ‘dicukupkan’ gaji olehNya.

Jadi marilah kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada. Usah membanding-bandingkan gaji kerana semua itu rezeki masing-masing. Allah ada perancanganNya sendiri untuk kita. Bersyukurlah dan belajarlah untuk bersyukur dengan segala kurniaNya.

Hati Tidak Tenang

Sejak kebelakangan ini hati aku tidak tenang. Terasa kosong dan ada kalanya aku tertanya-tanya apakah fungsi sebenar aku dilahirkan ke dunia ini. Ya aku punya isu dengan diri aku sendiri. Aku bukan gila atau punya masalah kemurungan. Cuma aku rasa kosong tanpa ‘isi’. Aku rasa inilah yang dinamakan ‘penyakit hati’.

Aku tahu dan aku sedar yang aku bukanlah seperti orang-orang lain yang begitu dekat dengan tuhan dan mengikut segala perintahNya. Aku jauh daripada itu semua dan aku rasa takut bila membaca perihal-perihal hidup dan seksaan selepas hidup di dunia ini. Apa akan jadi kepadaku di saat sakratul maut datang menjengah? Apakah yang akan diperlihatkan kepadaku bila nyawa tinggal di paras kerongkong? Adakah syurga ataupun neraka?

Kehidupan aku sekarang boleh dikatakan selesa. Aku cukup serba serbi. Cuma kalau nak hidup mewah tu mungkin tidak. Kira sederhana. Aku agak susah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Aku malas untuk sembahyang dan tidak melakukan suruhannya. Aku lebih kepada keseronokan dunia yang aku sendiri tahu ianya adalah sementara dan penuh dengan tipu helah syaitan. Namun aku ikuti juga kata hati dan terus-menerus melakukan pengabdian kepada kehidupan duniawi tanpa memikirkan akan tuntutan Dia Sang Pencipta. Ke manakah hala tuju aku? Apakah nasib aku nanti?

Tidak aku nafi yang ketakutan sekali-sekala datang. Aku takut tidak sempat bertaubat. Aku takut akan seksaan di hari akhirat kelak. Aku takut aku tidak bernyawa dalam masa terdekat. Aku tidak bersedia. Aku tidak punya bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Hari pembalasan di mana setiap perkara walau sebesar zarah akan ditimbang dan dikira. Ya Allah. Apakah yang telah aku lakukan di dunia ini.

Ya Tuhan tunjukkanlah aku jalan yang benar dan tingkatkanlah imanku.

Maulid Nabi

Hari ini merupakan hari menyambut kelahiran nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran yang membawa seribu rahmat kepada umat manusia.

Ingin sekali aku menjadikan hari ini sebagai titik permulaan aku untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Ingin sekali aku menjadikan hari ini sebagai titik noktah kepada hidup zaman gelapku. Ingin sekali aku menjadikan hari ini sebagai penamat kepada segala yang bertentangan dengan suruhanNya dan kembali melakukan amalan-amalan yang diperintahkan olehNya.

Aku yakin dengan menyerah diri kepadaNya akan membuatkan hidup aku tenang dan gembira. Ketenangan yang sudah lama aku tidak alami. Ya, aku merindui ketenangan bila dekat denganNya. Semoga aku diberi kekuatan dan dipertingkatkan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup. Insyalllah.

Merenung Ke Luar Jendela

Greetings!!!

Sejak beberapa hari ni cuaca agak panas. Panas yang rasanya lain macam saja. Kalau tidur pasti berpeluh la kata orang. Tapi kalau tidur dalam bilik berhawa dingin mungkin tak berpeluh la. Orang kata dalam beberapa hari cuaca sepatutnya akan jadi lebih baik. Itulah yang diharapkan.

Baiklah sebenarnya ada banyak benda yang ingin dinukilkan dalam blog ni. Namun saya tak tahu macam mana nak ceritakan kepada umum. Jadi malam ni (pagi buta sebenarnya) saya ingin mengajak semua orang untuk bersama menjaga alam sekitar. Alam sekitar bukan perkara main-main. Kalau kita tak jaga sekarang nanti di masa depan semuanya akan jadi terlambat. Jadi apa peranan kita?

Perkara pertama yang saya ketahui adalah kurangkan menggunakan air. Berjimatlah. Jangan ikutkan sangat hati tu nak ‘feeling’ lebih. Guna air secara sederhana. Jangan terlalu berjimat pula sampai mandai pun macam tak mandi. Ingat Tuhan suka orang yang menjaga kebersihan.

Yang kedua adalah kurangkan penggunaan plastik. Kalau pergi membeli barangan di pasar raya tu, bawalah bed guna semula. Bukannya mahal pun. Beli sekali guna berkali-kali. Ingat kalau anda tinggal di Selangor setiap beg plastik akan dikenakan caj sebanyak 20 sen. Satu inisiatif yang baik oleh kerajaan selangor. Syabas saya ucapkan. Tahukan anda bahawa plastik memerlukan masa berpuluh tahun untuk lupus? Masa tu kau dah ada cucu cicit plastik yang kau buang berpuluh tahun lepas masih ada dalam tanah. Sedih!

Ketiga kurangkan penggunaan kertas. Bil sekarang kebanyakannya boleh dihantar melalui e-mail dan boleh juga disemak melalui aplikasi ‘online’. Jadi kenapa perlu minta untuk diposkan ke rumah? Lainlah kalau datuk nenek kat kampung yang tak ada e-mail dan tak reti menggunkan komputer. Itu kita boleh faham. Tapi yang kononnya ‘moden’ ni nak bil yang dicetak pada kertas tu tak berapa nak moden lah. Sekali tengok kemudian masuk ke dalam tong sampah. Nak tunggu habis pokok-pokok di dunia ni baru nak sedar? Abang tak minat pokok plastik dek.

Yang selebihnya tu saya rasa ramai yang sedia maklum apa yang perlu dilakukan untuk sekurang-kurangnya mengawal tahap pencemaran di dunia ni. Kalau seorang je yang sedar dan memainkan peranannya untuk menjaga alam sekitar yang orang lain tidak agak mustahil untuk merealisasikan matlamat penjagaan alam sekitar. Jadi marilah kita memainkan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar.

P/s: Ramai ke pak menteri melakukan kerja-kerja ‘orang biasa’ akhir-akhir ni? Al maklumlah penggal nak berakhir.

Merenung Masa Dekat

Eh! Betul ke penggunaan ayat pada tajuk ‘entry’ ni? Saya tak berapa nak pasti. Namun mungkin faham apa yang saya cuba sampaikan. Kalau tak faham mari saya baeri tahu apa yang saya fikirkan di pagi hari.

Bila difikirkan akan apa yang saya telah lakukan dalam hidup, makanya saya punya pelbagai andaian akan apa yang mungkin berlaku di masa depan. Gusar, gundah dan gulana itu adalah perkara biasa. Ye lah kita bukan boleh agak apa yang bakal berlaku. Nyawa masih dikandung badan ke esok hari, masih sihat kah kita, dan sebagainya. Betul macam-macam benda yang bermain difikiran. Rasa macam ingin putarkan semula masa dan melukan semuanya ibarat kain putih. Namun apa kan daya semua itu tidak mungkin berlaku. Apa yang telah berlaku tidak mungkin boleh diputar balik. Maka terimalah semuanya.

Setelah saya fikirkan dan pertimbangkan banyak perkara, maka telah disimpulkan yang saya akan melaksanakan ‘ultimate plan’ untuk kesenangan masa depan. Mungkin akan ada yang mengatakan itu dan ini. Namun aku kena ambil inisiatif ‘ada aku kisah’ untuk memajukan diri seterusnya mencapai kejayaan.

Jadi ia akan benar-benar belaku. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Hadirnya saya disini adalah untuk memeriahkan lagi dunia ‘blogging’ yang nampak gayanya telah ditinggalkan seketika. Jadi kini saya kembali mewarnai duniamu.

Yang benar,

Azwan