Pernah tak korang tengok video di tiktok mengenai penerbangan awam diiringi jet pejuang? Ada sekali tu viral sebuah pesawat tambang murah Scoot diiringi oleh jet pejuang kembali ke Singapura. Entry ni aku bukan nak cakap mengenai kes tersebut. Tapi ini mengenai yang berlaku di United Kingdom apabila seorang remaja telah menghantar gambar kepada 5 kawan-kawannya di aplikasi Snapchat dengan komen berbunyi "On the way to blow up a plane, I am a member of the Taliban". Okay kalau hantar ke kawan-kawan tu biasa la kan bergurau yang kadang-kala agak kasar dan mungkin menakutkan. Tapi bukan untuk serius. Namun disebabkan komen tersebut, hakim memutuskan remaja bernama Aditya Verma yang pada ketika itu berusia 18 tahun didenda 22,500 euros (MYR115,313.31) dan dia juga kena bayar 94,800 euros (MYR485,853.42) sebagai ganti rugi kepada kementerian pertahanan Sepanyol bagi menampung kos menghantar jet pejuang tersebut. bukan main grand hidup kau siap diiringi jet pejuang Sebelum ini pern
Tahukah anda di Dubai, meminta sedekah di kawasan awam adalah satu kesalahan? Pada tahun 2023, polis Dubai telah menangkap 499 peminta sedekah. Polis berkata, untuk jangka masa 4 tahun lepas iaitu dari tahun 2020 hingga tahun 2023, seramai 1701 peminta sedekah telah ditangkap yang mana 99% daripada yang ditangkap menganggap meminta sedekah sebagai kerjaya. Seorang wanita Asia yang ditangkap mempunyai Dhs 60000 (RM77295) hasil daripada meminta sedekah. Dubai telah membuat pengumuman pelancaran tahunan kempen 'anti-begging' yang akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan. Itu apa yang berlaku di Dubai. Bagaimana pula dengan Malaysia? Rasanya aktiviti meminta sedekah takkan hilang kot bilamana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sepatutnya. Yelah cuba pergi ke kawasan sekitar KLCC di tepi-tepi jalan di mana ramai pejalan kaki dan di sekitar Bukit Bintang. Ramai kot peminta sedekah dan ramai juga kanak-kanak dan remaja yang melakukan aktiviti tersebut. Kesian tu memang kesia